Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Ada Hari Taknak Reply DM” Gara-Gara Kongsi Video Ular, Zizan Kini Dijadikan Kaunter Laporan Haiwan Liar

today10 January 2021

Background

Gara-gara pernah berkongsi rakaman terserempak dengan seekor ular sawa batik yang sedang melintas jalan di sebuah lebuh raya, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak kini kerap menerima “Direct Message” atau pun DM mengenai haiwan berkenaan di laman instagram miliknya.

Zizan terserempak dengan Ular Sawa di tengah jalan. Sekali dia pergi dekat  sampai ini yg terjadi – Satkoba Viral

Pada mulanya mungkin pelawak itu berasa lucu, akan tetapi lama-kelamaan Zizan dijadikan seperti kaunter melaporkan haiwan berbahaya pula.

Mungkin tidak mahu menerima DM sebegitu lagi, Zizan memuat naik satu hantaran hasil perbualan bersama seorang individu di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Hantaran yang di muat naik itu juga turut ditulis dengan kapsyen ;

“Ada hari taknak reply dm. Tapi ade hari macam kene reply supaya mereka faham jenis jenis kakitangan kerajaan sebenar dan apa tugas mereka. Sekian”

Melihat kepada kapsyen yang ditulis oleh Zizan, pelawak itu dilihat seperti mahu memberi kesedaran pada individu-individu di luar sana yang mungkin tidak tahu mahu melaporkan haiwan berbahaya itu kepada siapa.

Sedikit maklumat untuk anda semua, selepas ini jika anda terjumpa dengan haiwan berbahaya seperti ular, buaya, khinzir hutan, gajah dan sebagainya boleh laporkan terus kepada balai bomba berdekatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atau pun Jabatan Perhilitan di daerah anda ya.

Jangan laporkan pada Zizan pula!

 

Sumber : Instagram Zizan Razak

Written by: Fieyna Azman


Previous post

BeFunky-collage – 2021-01-10T111058.705

Sosial

Gara-Gara Komen Di LinkedIn Menteri, CEO Syarikat Ini Terus Dikejar ‘Cybertrooper’ Malaysia

Berada di ruangan media sosial ada ketikanya boleh menjadi pengalaman yang kurang menyenangkan buat sesetengah orang terutamanya jika mereka mempunyai pendapat yang berbeza dengan umum (atau dengan seseorang individu) lain sahaja. Bukan sahaja bakal menerima pandangan yang berbeza daripada mereka, namun ada ketikanya mereka yang mempunyai pandangan dan pendapat sendiri ini akan menerima kecaman atau lebih teruk lagi diserang oleh netizen atau dalam sesetengah kes akan diserang oleh... Klik sini […]

today10 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *