Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tampil Dengan Imej Baharu, Tun Siti Hasmah Hampir Tidak Kenal Syed Saddiq!

today11 January 2021

Background

Umum sedia maklum bahawa baru-baru ini ahli politik muda, YB Syed Saddiq telah menganjurkan #BotakChallenge iaitu kempen ‘satu komputer riba untuk satu keluarga’ bagi mengumpul dana untuk membeli kelengkapan laptop bagi kegunaan para pelajar di Muar, Johor.

Inisiatif yang diambil oleh YB Syed pada kali ini dengan membotakkan kepalanya untuk mendapatkan dana sememangnya patut dipuji kerana dilihat dapat meringankan beban keluarga dan pelajar yang tidak berkemampuan untuk membeli laptop.

Terbaharu, menerusi perkongsian YB di laman Instagram miliknya, beliau telah melawat Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali ataupun lebih mesra dipanggil Tun Siti Hasmah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Akan tetapi apa yang menarik perhatian adalah perbualannya bersama isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir!

“Tun Siti: Siapa ni? Eh Saddiq, kenapa botak?

Me: ?

Alhamdulillah dapat sampaikan buah tangan mama ke Tun Siti. A nice purple scarve.

Tun M & Tun Siti will also have the best cooked Shakhooka in the world by Chef Botak Syed Saddiq ?”

Menerusi perbualan yang dikongsikan itu, Tun Siti Hasmah tidak mengenali YB kerana beliau sudah membotakkan rambutnya.

Aduhai lucu pula apabila terbayangkan reaksi Tun Siti Hasmah.

Dalam pada itu, YB Syed turut berkongsi bahawa beliau siap memasakkan Shakhooka iaitu makanan arab yang dihidangkan bersama telur, sos tomato, lada cili, dan bawang dan dibumbui dengan jintan putih, paprika dan lada cayenne dan sempat memberikan buah tangan dari ibunya kepada Tun Siti Hasmah.

How Shakshuka, Israel's Famous Breakfast Dish, Took the World By Storm

Gambar sekadar hiasan

Fuh dengar macam sedap, tak nak bagi team Hot FM ke YB?

Sumber : Instagram Syed Saddiq

 

Baca artikel sebelum ini : “Ingatkan Budak Juvana” Sempat Buat TikTok Dengan Laptop, Syed Saddiq Dah Ready Untuk Agihan

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Polis Beri Amaran ‘Jangan Sengaja Redah Banjir’ Atau Kompaun RM300 Akan Dikenakan

Menurut laporan, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya tidak akan berkompromi lagi dengan golongan itu apatah lagi, negeri itu mencatatkan beberapa kes pemandu meredah jalan yang sudah ditutup kerana dinaiki air dan terdapat laluan alternatif disediakan."Kita tidak akan bagi peluang dan memaafkan mana-mana individu yang berdegil dan ingkar dengan arahan diberikan."Sebelum ini, kita tidak ambil apa-apa tindakan namun selepas ini tindakan akan diambil mengikut... Klik sini untuk baca […]

today11 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *