Umum pasti sudah mengetahui bahawa penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz, suami kepada pelakon kecil molek, Bella Astillah telah berjaya pulang ke Malaysia selepas hampir setahun berjauhan daripada keluarganya di Malaysia.

Sebelum ini, Bella ada memuat naik satu video menunjukkan anak perempuannya iaitu Ara Adreanna terpaku melihat Aliff menyanyi dan video tersebut telah mendapat perhatian ramai yang turut berasa tersentuh.
Kini, giliran adik Bella pula iaitu Didi Astillah untuk memuat naik video prank pickup line bersama dengan abang ipar kesayangannya itu.
View this post on Instagram
Pada mulanya, Aliff kelihatan teruja untuk mendengar pickup line yang ingin disampaikan oleh Didi.
Walaupun agak terkejut dengan lawak itu, namun Aliff turut terhibur dan terkejut dengan pickup line tersebut.
Ramai turut terhibur dengan pickup line yang disampaikan oleh Didi itu.

Mujur Aliff ni memang sporting, boleh la join gelak sekali.
Seronok apabila dapat melihat Aliff kembali bersama dengan keluarganya, semoga hubungan mereka berkekalan selama-lamanya!
Baca juga artikel sebelum ini:
Akhirnya Bertemu, Aliff Aziz Kini Bersatu Semula Bersama Keluarga
Terpaku Tak Kedip Mata, Tatapan Anak Aliff Aziz Buat Ramai Melting
Sumber video dan foto: Instagram Didi Astillah dan Bella Astillah
Post comments (0)