Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Video Didukung Kekasih Dikritik Netizen, Janna Nick Turut Beri Hint Dedah Tarikh ‘Istimewa’

today18 January 2021

Background

Seperti sudah menjadi lumrah, apabila menceburi dunia seni ataupun bergelar public figure, pasti apa sahaja yang dilakukan menjadi perhatian orang ramai.

Terbaharu, tindakan seorang pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick membuat video TikTok bersama kekasihnya, Dini Schatzmann di laman Instagram mengundang perhatian netizen.

Ini kerana aksi beliau yang ‘didukung’ oleh teman lelakinya itu dianggap kurang sopan oleh sesetengah warganet dan pengikutnya di laman Instagram itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Menulis di ruangan kapsyen :

“Pls enjoy being single ok ! ?@dinischatzmann ❤️”

Mungkin niat Janna melakukan video itu hanya sekadar suka-suka akan tetapi netizen dilihat kurang senang dengan tindakannya itu.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen mengenai perkara berkenaan.

Untuk yang mengikuti pelakon itu, pasti tahu beliau adalah seorang yang santai dan lebih memilih untuk mengendahkan kata-kata orang.

Dalam pada itu, Janna juga dilihat turut memuat naik satu foto bersama kekasihnya, dengan menulis kapsyen dengan tarikh ‘istimewa’ pada 2.2.2021!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Can’t wait 2.2.2021 ?

너랑 더 오래 같이 있고 싶어”

Adakah Janna bakal menamatkan zaman bujangnya?

Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Instagram Janna Nick

Baca artikel sebelum ini : “Janna Nick Is Cancelled” Luah Pendapat Tentang Filem The Purge, Teruk Janna Dihentam Netizen

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

[VIDEO] Pengantin Ini Tak Jadi Potong Kek Kahwin Sebab Ayah ‘Nyanyi’ Lagu Panjang Sangat

Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat 120.3k views, 16,000 likes dan 910 comments di TikTok, rata-rata netizen terhibur melihat aksi comel pak cik itu yang bersungguh-sungguh menyanyi bagi memeriahkan suasana majlis kahwin anaknya.Ada juga yang sebak kerana teringat arwah ayah mereka dan berkata mereka mungkin akan menangis dan meraung jika mereka menjadi pengantin itu kerana melodi lagunya yang agak sedih.Antara komen menarik daripada netizen:

today18 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *