Nama pelakon Haneesya Hanee kini sudah jarang didengari selepas kontroversi yang terjadi ke atas dirinya pada sekitar tahun 2019 yang lalu.

Selain itu, warna kulitnya yang agak unik turut pernah menjadi perhatian ramai apabila terdapat segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab menghina warna kulitnya itu.
Kini, walaupun kita sudah memasuki tahun baharu 2021, namun isu warna kulit masih lagi menjadi bahan gurauan sesetengah netizen sehingga membuatkan Haneesya sudah penat untuk melayan komen negatif tersebut.

Menerusi akaun TikTok miliknya, Haneesya telah menerima satu komen ‘gurauan’ kasar daripada seorang individu yang mengatakan mungkin pelakon berusia 21 tahun itu akan kelihatan lebih cantik jika kulitnya berwarna putih.
View this post on Instagram
Akui bengang dengan komen yang sebegitu, Haneesya tetap tidak mengambil hati dan cuba untuk lakukan kelainan supaya mereka yang berkulit gelap tidak rasa rendah diri.
Rata-rata komen yang ditinggalkan turut menyokong tindakan Haneesya yang sering mempertahankan individu kulit gelap.

Mereka turut mengakui bahawa individu yang mempunyai kulit gelap turut mempunyai keunikan yang tersendiri.
Ada segelintir masyarakat menyifatkan putih itu cantik dan gelap itu kurang cantik tetapi hakikatnya warna kulit tidak membezakan apa-apa langsung.
Harap-harap selepas ini warna kulit tidak menjadi isu besar dalam segelintir masyarakat.
Sumber video dan foto: Instagram Haneesya Hanee
Post comments (0)