Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Surau Tutup Sempena PKP 2.0, Nubhan Ahamad Solat Dalam Fitting Room

today18 January 2021

Background

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilakukan pada 2021 nampaknya memperlihatkan beberapa kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan namun tempat beribadat masih lagi tidak dibenarkan dibuka.

Disebabkan itu, penyanyi Nubhan Ahamad mengambil keputusan untuk menunaikan solat di dalam fitting room sebuah kedai pakaian di pusat membeli belah yang dikunjunginya bersama dengan isteri.

“Kalau pergi mall, surau semua tutup. Jadi apa yang kita kena buat ialah gunakan segala kemahiran yang ada untuk tetap solat supaya tak tinggal. Cara-caranya seperti solat di fitting room!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Nubhan telah kongsikan satu video pendek menunjukkan cara-cara beliau menunaikan solat walaupun dalam keadaan PKP 2.0 ini.

Penyanyi lagu Ada Untukmu itu turut sempat memberi pesanan kepada pengikutnya di Instagram agar tidak meninggalkan solat walaupun ada sesetengah pusat membeli belah tidak membuka ruangan solat untuk kegunaan awam.

Tindakan Nubhan itu telah menerima pujian ramai dan dijadikan contoh oleh mereka agar tetap berusaha untuk menunaikan solat walaupun dalam keadaan sesak seperti itu.

Untuk pengetahuan semua, sepanjang tempoh PKP yang diadakan sejak awal tahun 2020 yang lalu, rumah beribadat masih lagi tidak dibenarkan dibuka untuk orang awam dan disebabkan itu mereka perlu mencari jalan alternatif lain untuk menunaikan kewajipan.

Sumber foto dan video: Instagram Nubhan Ahamad

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage – 2021-01-18T145346.727

Sosial

Lelaki Bina 11 Bonggol Setuju Terima Bantuan Psikososial Daripada UKM

Seorang lelaki dari Besut, Terengganu yang tular kerana membina 11 bonggol di jalan sekitar rumahnya baru-baru ini bakal menerima bantuan psikososial daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bantuan itu menurut Astro Awani telah ditawarkan oleh Unit Khidmat Psikologi dan Kaunseling (UKPK) universiti tersebut menerusi satu panggilan telefon yang dibuat Pensyarah Kanan Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia UKM Dr Nazirah Hassan pagi tadi.

today18 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *