Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Pernah Rasa Tak Bersyukur Dengan Hidung Sendiri, Yuna Zarai Kongsi Kisah Di Sebaliknya…

today19 January 2021

Background

Setiap manusia pastinya akan mempunyai kekurangan dalam diri dan merasakan ada yang tidak kena dengan diri sendiri.

Begitu juga apa yang pernah dirasai oleh penyanyi, Yunalis Zarai.

Macam tak percaya, saya perlu ucap selamat tinggal" - Jadual padat, Yuna terpaksa tutup kedai Tiny Forest - Hiburan | mStar

Menurut perkongsian Yuna di laman Instagram miliknya, penyanyi berusia 35 tahun itu memberitahu bahawa dirinya pernah berasa tidak bersyukur dengan bentuk hidungnya.

“Waktu kecil dulu saya selalu picit hidung sebab ingatkan boleh kecil lepas ada orang dekat sekolah cakap hidung saya terlalu besar!”

Yuna memberitahu bahawa selepas kejadian tersebut, beliau terus bertanyakan kepada ibunya mengapa hidungnya tidak kecil seperti hidung ibunya.

Sebagai seorang ibu, pastinya ibu Yuna cuba untuk mencari jawapan yang paling tepat supaya tidak membuatkan Yuna merasakan dirinya tidak sempurna.

“Mak bagitahu yang hidung saya ni campuran antara hidung ibu dan hidung ayah.”

Mujur Yuna yang kecil itu boleh menerima jawapan tersebut dengan hati yang terbuka dan kini penyanyi lagu Dan Sebenarnya itu mengakui tidak pernah membuat apa-apa perubahan pada dirinya.

Rata-rata komen yang ditinggalkan di laman Instagram Yuna menunjukkan bahawa mereka sangat sukakan keunikan hidung penyanyi itu!

Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat kongsikan kisah mereka yang pernah diejek kerana memiliki hidung besar.

Ingat guys, jangan sesekali kita menghina bentuk fizikal seseorang itu kerana ia mungkin akan menyebabkan kemudaratan kepada diri individu tersebut.

Semoga dengan perkongsian Yuna ini dapat memberi semangat kepada kita semua yang merasakan diri ini tidak sempurna.

Sumber foto: Instagram Yuna

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *