Umum kini semestinya sudah mengetahui bahawa pelakon berdarah kacukan Melayu, Amerika dan German iaitu Sarah Hildebrand telah mendirikan rumah tangga bersama dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Otto Gillen yang juga berdarah kacukan Filipina-Amerika pada November 2019 yang lalu.

Selepas mendirikan rumah tangga, Sarah semakin aktif di media sosial dan sering kongsikan pendapatnya tentang beberapa perkara yang menjadi perhatian ramai.
Menerusi posting terbaharu di laman Instagram miliknya, Sarah meluahkan rasa kecewa apabila ada sesetengah pihak media tidak menulis secara lengkap berita tentang dirinya dan menyebabkan salah faham sehingga membuatkan beliau dikecam oleh netizen.
Pada 14 Januari lalu, Sarah ada memuat naik beberapa twit mengatakan tentang ketidakpuasan hatinya terhadap kedua-dua pengacara sebuah program terkenal sekitar tahun 2020 yang lalu.

Pada mulanya Sarah dan suami tidak mahu menghadiri temubual tersebut tetapi selepas membaca soalan yang bakal diajukan, mereka berasa tertarik untuk berkongsi kepada penonton.
“Apa lagi nak tanya?”
Tetapi pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu berasa terkilan apabila pengacara tersebut bertanyakan soalan sebegitu sehingga membuatkan penonton di studio ketawa.
Namun Sarah sekali lagi kecewa apabila terdapat satu soalan yang tidak logik diajukan kepada Otto oleh salah seorang pengacara tersebut.
“Banyak je soalan yang diorang boleh tanya. Ini tanya Otto nak jadi macam Fattah Amin tak? Takkan la Otto kenal siapa Fattah Amin? Kalau lupa soalan pun takkan la tak boleh fikir soalan lain!”

Perkongsian Sarah telah mendapat perhatian ramai serta menjadi topik bualan hangat di beberapa portal hiburan tempatan.
Apa yang membuatkan Sarah sedikit bengang ialah apabila kenyataan yang ditulis olehnya di laman Twitter itu telah dimanipulasi sehingga dikecam oleh segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai netizen, jika membaca sesuatu perkara seeloknya diselidik terlebih dahulu sebelum 100% mempercayai apa yang ditulis.
Sumber foto: Instagram dan Twitter Sarah Hildebrand
Post comments (0)