Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rendam 1,000 ‘Babi Air’, Netizen Berang Dengan Tindakan Influencer Ini

today24 January 2021

Background

Semakin hari, ada sahaja trend yang menjadi ikutan orang ramai lebih-lebih lagi apabila trend tersebut dimulakan oleh influencer atau mereka yang terkenal di media sosial.

Baru-baru ini, trend ‘babi air’ sudah mula menjadi kegilaan sebilangan anak muda yang mempunyai banyak masa lapang semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Seorang influencer telah dikecam oleh warganet selepas beliau memuat naik video merendam sebanyak 1,000 ‘babi air’ dan dijadikan content untuk video YouTube.

Untuk pengetahuan, ‘babi air’ merupakan cool fever yang direndam di dalam air selama 24 jam sehingga ia mengembang.

Tindakan influencer tersebut telah dikecam kerana dianggap membazir apabila beliau dilihat memborong kesemua cool fever yang dijual dekat dua mini market yang dikunjunginya.

Di dalam video tersebut turut menampakkan penyanyi Asad Motawh yang turut merupakan teman rapat influencer tersebut.

Bagi mereka, pembaziran tersebut sangat tidak dapat diterima akal apabila ada orang lain yang terpaksa mencuri demi kelangsungan hidup, tetapi baginya yang mempunyai duit hanya dibazirkan untuk perkara yang tidak bermanfaat.

Setakat 24 Januari, video tersebut telah mendapat tanda tidak suka sebanyak 19,000 selepas ia dimuat naik pada 23 Januari lalu.

Cuba bayangkan, kalau ada orang yang memerlukan cool fever akibat demam, tetapi stock sudah habis disebabkan ada individu yang tidak bertanggungjawab memborong bertujuan untuk membazir dan digunakan sebagai content semata-mata.

Diharapkan trend membazir seperti ini dapat dihentikan dengan segera kerana ia akan menyusahkan orang lain yang tidak berkemampuan.

Sumber foto dan video: Instagram 

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

https___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_210121234526-01-simpsons-lisa-harris-trnd

Sosial

Persis Baju Siri ‘The Simpsons’, Busana Ungu Kamala Harris Jadi Perbualan Netizen

Bukan sekali atau dua kali malahan siri kartun The Simpsons karya Bill Oakley kini sekali lagi meramalkan masa hadapan dunia dengan tepat. Terdahulu, siri kartun ini pernah meramalkan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat sehinggalah tercetusnya ‘peperangan’ disebabkan kekalahan Donald Trump dalam pilihan raya presiden AS baru-baru ini. Namun, bukan sahaja masa hadapan Donald Trump yang berjaya diramalkan bahkan... Klik sini untuk baca artikel […]

today24 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *