Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Aksi Siti Nurhaliza Masak Mi Goreng Dapat Perhatian, Walaupun Nampak Semput Tapi Tetap Comel!

today25 January 2021

Background

Umum sudah mengetahui bahawa penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan TokTi kini sedang hamil lima bulan.

TokTi baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-42 tahun pada 11 Januari lalu yang mana ia diadakan dengan penuh sederhana bersama dengan keluarga dan teman rapatnya.

Dalam masa yang sama, penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu turut baru selesai menjalani pengambaran sebuah program yang memerlukannya menujukkan skill memasak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

TokTi telah menunjukkan skill memasaknya dan sekali gus menarik perhatian peminat yang menonton video pendek tersebut.

Walaupun sedang hamil, TokTi masih kelihatan cantik dan comel walaupun jelas kelihatan beliau seperti agak semput sedikit selepas selesai memasak.

Beliau turut sempat mengimbas kembali kenangan menjual kuih ketika masih menetap bersama dengan ibunya di Kuala Lipis.

Nampaknya ramai yang terliur dengan masakan TokTi itu, sampai ada yang kembali rasa lapar selepas menonton video tersebut.

Dalam perkembangan lain, TokTi baru sahaja melancarkan Music Video lagu Takhta Dunia di laman YouTube dan kini video tersebut telah ditonton sebanyak hampir 300,000.

Tak sabar pula rasanya nak tunggu single TokTi untuk anak keduanya tu nanti.

Agak-agak mesti ada juga macam Siti Aafiyah dulu kan?

Sumber foto dan video: Instagram TokTi dan Youtube

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage – 2021-01-25T145234.922

Sosial

Dari Malaysia Ke Australia, ‘Boss Susu’ Kongsi Kisah Ambil Alih Kilang Jem Terkenal

Sebut sahaja nama Azmi Zainal atau lebih mesra dipanggil sebagai Boss Susu, pasti sebahagain besar (jika tidak semua daripada kita) sangat mengenali beliau. Kisahnya membangunkan dan mempopularkan jenama susu tempatan Farm Fresh sebelum ini sering saja menjadi buah mulut dan juga inspirasi kepada masyarakat kita. Bermula dengan penghasilan produk tenusu, nama Azmi juga semakin menjadi bualan selepas beliau terlibat dengan perusahaan daging serta membuat penampilan dalam rancangan... Klik sini untuk […]

today25 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *