Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kembali Bercakaran, Fara Mendoza Buka Mulut Isu Penceraian Zarina Anjoulie

today29 January 2021

Background

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan selebriti tempatan pasti sudah mengetahui bahawa pelakon Fara Mendoza pernah ‘perang mulut’ di media sosial bersama dengan pelakon Zarina Anjoulie.

Bermacam-macam isu yang menjadi punca mereka berdua bergaduh sehingga membuatkan Fara berjaya dalam kes saman malu terhadap Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju.

Kini, mereka berdua sekali lagi bercakaran apabila Fara mula memuat naik beberapa foto perlian di Instagram story berkenaan isu penceraian Anju.

“Laki biawak hidup pun tak tahan dengan hang! Jangan kata lelaki keje bagus, yang tak keje pun cabut lari. Hang laki bini kenal pun sebab tubuhkan Telegram fitnah aku. Hang fikir bila hang kawin hang akan bahagia ke?”

Instagram story berkenaan seakan-akan tepat ditujukan kepada Anju memandangkan ketika ini sedang hangat diperkatakan tentang kes penceraiannya yang mengejutkan itu.

Tak mahu terus mendiamkan diri, Anju turut menyelar kenyataan tersebut mengatakan Fara sanggup berlakon kononnya majlis hari lahirnya yang diadakan di Pulau Pinang itu dirancang oleh teman lelakinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fara Mendoza (FM) (@fara_mendoza)

Namun dalam masa yang sama, Anju ada memuat naik satu IGTV menjelaskan sebab utama mengapa beliau mengambil keputusan untuk memberitahu kepada umum mengenai kisah rumah tangganya walaupun ada yang mempersoalkan tindakannya itu.

“First of all, netizen tak bodoh. Aku bukan orang biasa yang tak ada siapa kenal, aku Zarina Anjoulie yang orang kenal. It’s part of my life untuk share semua benda dengan korang (followers) aku semua. End of the day orang tahu jugak aku bercerai! Untuk aku lagi malu kalau aku fake kebahagiaan hidup aku. Ini hidup dan perasaan aku, lantak la orang nak cakap apa pun.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Bila agaknya isu antara Fara dan Anju ini akan selesai ya?

Harap-harap isu bercakar kali ini hanya akan terjadi di dalam laman sosial sahaja dan tidak dibawa ke luar sehingga menjadi kes saman seperti sebelum ini.

Sumber foto dan video: Instagram Fara Mendoza dan Zarina Anjoulie

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage-5

Sosial

Lesap Ketika Serbuan Pihak Berkuasa, Warga Asing Kembali Berniaga Di Pasar Borong Selangor

Pada hari Sabtu yang lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah melaksanakan operasi bersepadu di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan. Ketika operasi dijalankan, ramai warga asing berjaya meloloskan diri sebelum anggota pihak berkuasa tiba. Menurut peniaga-peniaga di pasar borong itu, para warga asing tersebut seperti sudah mengetahui operasi itu sehingga sempat untuk melarikan diri. Menurut laporan Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today29 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *