Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Terima Mesej Berbaur Hinaan, Ruangan Komen Zynakal Dibanjiri Sokongan & Kata Semangat Ramai Pihak

today2 February 2021

Background

Penyanyi BBNU yang semakin meningkat naik, iaitu Muhammad Raziq bin Rosli atau lebih dikenali sebagai Zynakal baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau menerima komen dan mesej berbaur hinaan dan negatif ditujukan buat dirinya dari individu yang tidak dikenali di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

Mesej yang diterima itu turut di muat naik di laman Instagram beliau dengan kapsyen ;

Aku tak minta untuk jadi begini, cuma pinta jadi manusia biasa.. Terima kasih untuk kata-kata..
Hanya doa untuk kita semua agar hati terbuka dan berlapang dada.. ✌?”

Meluahkan rasa kesal, Zynakal berkata bahawa apa yang terjadi adalah bukan kehendaknya, malah hanya mampu berdoa dari membalas kembali apa yang dikatakan oleh mereka.

Difahamkan penyanyi yang popular dengan lagu Terbang ini menghidapi penyakit bipolar mania iaitu salah satu penyakit gangguan mental sejak 2019.

Jika sakit ini menyerang, dirinya akan berasa murung, sedih, kehilangan minat atau keseronokan dalam kebanyakan perkara.

Malah, perubahan mood ini juga boleh mempengaruhi tidur, tenaga, aktiviti, pertimbangan, tingkah laku dan kemampuan untuk berfikir dengan jelas.

Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis memberikan kata-kata semangat buat beliau!

Memiliki penyakit bipolar mania bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi, pendek kata, kita seperti bergaduh dengan diri sendiri tanpa sedar.

Kalau tak boleh nak menolong atau mendengar, at least cuba ada sifat perikemanusiaan dan empati.

Sumber : Instagram Zynakal

Baca artikel berkaitan : “Seram Nihh” Gambar Naim Daniel, Ismail Izzani Dan Zynakal Disunting Sampai Jadi ‘Kerdil’

Written by: Fieyna Azman


Previous post

HRC_Osaka_Exterior_0060

Sosial

29 Tahun Beroperasi, Hard Rock Cafe Di Osaka Terpaksa Ditutup Angkara COVID-19

Penularan wabak COVID-19 telah dilihat memberi kesan yang serius terhadap ekonomi yang bukan sahaja telah melanda negara Malaysia bahkan di seluruh dunia. Malah ramai pengusaha yang terlibat di dalam perniagaan makan dilihat terpaksa gulung tikar akibat terkesan dengan pandemik COVID-19. Seperti yang berlaku pada salah satu cawangan Hard Rock Cafe Jepun yang difahamkan terpaksa ditutup cawangan yang terletak di Osaka kerana pihak tersebut tidak dapat menanggung kos operasi serta telah... […]

today2 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *