Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Aeril Zafrel Dedahkan Ada ‘Seseorang’ Cuba Sihir Dirinya Dan Keluarga

today7 February 2021

Background

Amalan ilmu hitam adalah sesuatu yang menakutkan dan ia juga tergolong dalam perkara khurafat.

Menggunakan sihir untuk menjatuhkan seseorang sudah pernah kita dengar.

Perkara terkutuk ini selalunya dikaitkan dengan perasaan hasad dengki yang merajai diri.

Pada 7 Februari 2021, pelakon Aeril Zafrel telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Memulakan tulisan di caption dengan doa pelindung diri, Aeril memberitahu tentang percubaan ‘seseorang’ untuk menyihir dirinya dan keluarga:-

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ”

Setiap orang ada ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan ALLAH sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang.

Begitu juga dengan saya, Alhamdulillah …. ALLAH hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif – saya dan keluarga terselamat daripada permainan ilmu sihir ‘seseorang’ baru-baru ini.”

Mujurlah ada bantuan daripada orang yang lebih tahu akan perkara ini, percubaan jahat itu berjaya digagalkan, Alhamdulillah.

Dugaan seperti ini sebenarnya berat untuk dihadapi.

Dalam pada itu, Aeril turut memohon maaf jika ada kesilapan daripada dirinya yang tidak disenangi pihak tertentu:-

“Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hingga tergamak melakukan percubaan sihir itu.

Sejujurnya saya memaafkan perbuatan aniaya ‘pihak itu’ kepada saya. Selebihnya saya serahkan pada ALLAH Rafiqul A’la. Semoga bertaubat dengan sesungguhnya.”

Malah, Aeril sanggup bersemuka dengan pihak yang terlibat jika perlu:-

“Sekiranya masih ada lagi rasa tidak puas hati atau ingin melampiaskan amarah atau menegur kesilapan saya – marilah bertemu secara nyata dan insyaALLAH saya akan berlapang dada untuk mendengarnya dan membetulkan apa jua kesalahan saya jika ada.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِـمِينَ

Saya mohon ampun maaf pada semua. Saya serahkan diri saya, isteri dan anak2 kepada sebaik-baik tempat berlindung dan perlindungan Yang Maha Menyelamatkan – ALLAHhu Robbi.”

Aeril mengakhiri perkongsiannya dengan memohon  maaf dan memohon perlindungan daripada Allah.

Semoga Aeril dan keluarga dilindungi daripada ancaman seperti ini pada masa akan datang.

 

Baca artikel berkaitan: Dikatakan Sengaja Menunjuk, Ini Komen Aeril Zafrel Tentang Foto Solat Jemaah Dengan Isteri

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] Gelak Macam Orang Besar, Gelagat Baby Ini Borak Sakan Dengan Si Ayah Curi Tumpuan

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh Mohamad Syafiq Mahpiz, dia dan anaknya dilihat sedang berborak dalam kereta di bahagian seat depan. Situasi itu tidak ubah seperti perbualan antara kawan lama kerana anaknya itu seakan faham dengan apa yang si ayah katakan. Video tersebut berjaya mencuri perhatian ramai kerana kapsyennya juga menghiburkan hati. "Bila kau jumpa kawan baik kau yang satu kepala dan masuk air. Ketawa lagi banyak dari bercerita sebab […]

today7 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *