Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bancuh Air Jus Buah Guna Lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’, Gadis Ini Bikin Netizen Sedih

today16 February 2021

Background

Biasanya orang lain kalau share resipi memasak atau membancuh air mesti akan gunakan lagu rancak supaya orang yang menonton rasa seronok.

Tapi lain pula yang terjadi kepada seorang gadis dari luar negara ini yang dikenali sebagai Syri Alcalde apabila beliau menggunakan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai background music bagi videonya ketika sedang membancuh air jus.

@syri_alcaldeMorning juice, it’s amazing ##coconut ##pinapple ##juice ##foryoupage ##fyp♬ Aku Bidadari Syurgamu – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai warganet dari Malaysia yang turut berasa terhibur dengaan pemilihan lagu tersebut.

Ramai yang meninggalkan komen lucu pada video yang dimuat naik pada aplikasi TikTok itu.

Dalam masa yang sama ada juga yang tertanya-tanya adakah gadis berkenaan tahu bahawa lagu tersebut merupakan lagu sedih.

Mungkin gadis tu baru lepas putus cinta lepastu dia nak bancuh air jus, jadi sebab tu guna lagu Aku Bidadari Syurgamu kan?

Apa pun, terima kasih Syri sebab dah hiburkan ramai rakyat Malaysia dan gunakan lagu TokTi sebagai background music video tersebut!

Risau tersedak pula TokTi dekat rumah tu nanti.

Sumber foto dan video: Tiktok

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Miliki 6 Kotak Media ‘iBoite-X’ Aplikasi Astro Secara Haram, Wanita Ini Didenda RM30,000

Menurut laporan, tertuduh, Ng Lee Lee, 46 yang juga pengarah syarikat membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM300,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan.Walau bagaimanapun, tertuduh dijatuhi hukuman denda RM5,000 bagi setiap kesalahan dan dipenjara satu bulan jika gagal membayar denda.Tertuduh diwakili peguam Low Li Qun... Klik sini untuk baca artikel […]

today16 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *