Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja pelakon cantik manis Hannah Delisha kini telah menjadi isteri kepada Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, jejaka kacak kelahiran Kota Singapura.
Imam yang juga merupakan pelakon drama Kau Yang Pertama itu telah menjalin hubungan bersama dengan Hannah semenjak lima tahun yang lalu.

Foto perkongsian berita gembira itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada teman rapat dan peminat Hannah sendiri
Rupa-rupanya ramai teman rapat Hannah dan Imam sudah mengetahui tentang kisah cinta mereka ini tetapi terpaksa merahsiakannya atas permintaan pasangan itu sendiri.

Apa pun tahniah diucapkan kepada Hannah dan Imam, semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga!
Sumber foto: Instagram Hannah Delisha dan Imam Shah