Baharu sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 9 tahun, pelakon dan usahawan terkenal iaitu Wawa Zainal baru-baru ini menerima direct message ataupun DM daripada individu yang tidak dikenali, mendakwa suaminya, Aeril Zafrel melakukan perbuatan yang tidak senonoh dengan wanita tersebut.
Tidak semena-mena, tiada angin tiada ribut, wanita itu menghantar DM dengan penulisan yang seakan di google-translate, mendakwa Aeril menghantar mesej kepadanya mengajak melakukan ‘sesuatu’ di sebuah hotel di Melaka.
View this post on Instagram
Bertindak untuk memaparkan kepada umum mengenai perkara tersebut, Wawa memuat naik screenshot DM itu di laman Instagram miliknya dengan kapsyen,
“macam yall la?? serem betul ya zaman skg ni” tulis Wawa
Fuh nasib baik Wawa tenang dan tidak cepat melatah, malah Aeril juga dilihat sempoi meninggalkan komen di hantaran yang di muat naik oleh Wawa itu :

Aduhai sempat lagi dia melawak ye!
Melihat di ruangan komen, ramai yang terkejut dan ketawa melihat cara penulisan wanita itu, malah pelbagai respon yang diberikan.
Lihat sahaja komen-komen mereka ini :



Come on lah guys, dah 2021 cuba lah cari lelaki atau perempuan yang single, banyak lagi kumbang dan bunga kat luar sana tu yang masih mencari jodoh.
Jangan sibuk mengganggu rumahtangga orang lain tau, takut terkena dekat batang hidung sendiri. Eh!
Sumber : Instagram Wawa Zainal
Baca artikel berkaitan : Pernah Minta Cerai Daripada Aeril Zafrel, Wawa Zainal Hargai Kesabaran Suami