Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Isu Muka Sama Dengan Angelina Jolie, Bunga Isme Maafkan Individu Yang Keterlaluan

today1 March 2021

Background

Isu cyberbully kini semakin meningkat tak kira terjadi terhadap orang biasa atau selebriti sendiri kerana kita semua merupakan manusia biasa.

Pagi 1 Mac, penyanyi rap yang terkenal dengan baju kurung iaitu Bunga Isme telah mengamuk di laman Instagram apabila ada segelintir netizen merendahkan martabat ibunya.

Ada netizen yang mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap ibu Bunga selepas ibunya menyebelahi diri penyanyi tersebut.

Semua ini bermula apabila ada beberapa media menulis tentang isu wajahnya disamakan dengan pelakon terkenal dari Hollywood iaitu Angelina Jolie sehingga membuatkan segelintir warganet berasa kurang senang terhadap kenyataan tersebut.

Semenjak 26 Februari lalu, penyanyi lagu Apadehal itu telah dikecam teruk oleh netizen sehingga ada dua individu secara lantang telah membalas komen ibu Bunga serta merendahkan martabat ibunya.

Bagi Bunga beliau tidak ambil pusing sekiranya ada yang berkata buruk tentang ibunya tetapi jika ia melibatkan nama ibunya, semua itu sudah keterlaluan.

Namun, sebagai gadis dewasa yang sudah berusia 21 tahun, Bunga mengambil keputusan untuk memaafkan individu terbabit selepas mereka turut dikecam hebat oleh warganet berkaitan perkara tersebut.

Menerusi Instastory terbaharunya, Bunga secara terbuka telah menyampaikan pesanan mengenai gejaya cyberbully.

“First of all, Bunga nak minta maaf sebab semalam punya isu Bunga memang bertindak tanpa fikir panjang, bertindak terlalu marah. Bunga dah take down sebab dua-dua pihak dah minta maaf dan mengaku salah diorang. You guys have to stop cyberbully, walaupun dia buat salah tapi jangan sampai cyberbully and face shaming orang.

“Benda kecam pasal Angelina Jolie ni dah lama, I tak amik any action. I just declare article tu misleading. But when it comes to my mother, I memang tak boleh nak control my emotions. Ini first time Bunga buat macam ni, I tak kisah orang nak cakap apa janji I protect my mom.”

Menurutnya, cyberbully bukan lah satu tindakan yang betul untuk membalas perbuatan orang lain.

Lepas ni kalau nak komen apa-apa, jangan sampai mengguris perasaan orang lain ya sebab kita tak tahu apa kesan komen tersebut kepada individu berkenaan.

Sumber foto dan video: Instagram Bungaisme

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] “Kisah Benar” – Lelaki Ini Kongsi Keadaan Bilik Penyewa Bersepah & Dipenuhi Sampah

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut terkejut melihat keadaan bilik terbabit.Malah, mereka juga tidak dapat membayangkan bagaimana penyewa itu hidup dalam keadaan bilik yang kotor dan bersepah seperti itu. Ada juga yang berpendapat mungkin penyewa itu mengalami gangguan mental.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 138.9K views, 2,037 retweets dan 1,541 likes di Twitter.Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen... Klik sini […]

today1 March 2021