Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Tak Sangka Miliki Suara Merdu, Raysha Rizrose Dan Hannah Delisha ‘Kuasai’ Medley AJL35

today1 March 2021

Background

Pertama kali dalam sejarah, Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) bakal diadakan tanpa penonton di Auditorium MBSA, Shah Alam jam 9 malam pada 14 Mac ini.

Dalam usaha sama untuk mempromosikan AJL35, Valient Music telah menghasilkan sebuah Music Video AJL35 Medley yang menyaksikan Hannah Delisha, Raysha Rizrose, Azmi Saat serta Dean Eiman menyampaikan sebanyak 12 buah lagu yang layak bertanding di pentas akhir nanti.

Tanpa disangka, Hannah Delisha dan Raysha memiliki suara yang merdu sekali gus mereka berdua ini layak digelar sebagai penyanyi yang hebat.

Jika sebelum ini kita hanya dapat menyaksikan Hannah dan Raysha berlakon di hadapan lensa kamera, kali ini mereka beraksi di hadapan mikrofon pula.

Seperti yang kita tahu, Hannah sememangnya seorang pelakon dan penyanyi tetapi ia perkara baharu buat Raysha yang sebelum ini hanya dikenali sebagai pelakon.

Kemerduan suara mereka turut diterima serta dipuji oleh peminat masing-masing yang berharap agar Hannah dan Raysha dapat membuat banyak lagi cover lagu selepas ini.

Mungkin lepas ni kita boleh minta Hannah dan Raysha menyanyi duet bersama-sama ke kan?

Apa pun jangan lupa untuk saksikan AJL35 pada 14 Mac ini jam 9 malam hanya di TV3!

Sumber foto dan video: Youtube dan Instagram

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

N62X3ZXY7FCRPB5BVE7H7IVXDU

Sosial

Kajian Mendapati Tentera Lebih Takut Dengan Doktor Gigi Berbanding Perang

Hasil kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam British Medical Journal menyimpulkan bahawa tentera Britain lebih sanggup pergi berperang daripada perlu berjumpa dengan doktor gigi. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Daily Star, sebanyak 30 peratus anggota tentera Britain takut untuk berjumpa dengan doktor gigi dan lebih rela turun ke medan perang. Peratusan ini sebenarnya lebih tinggi daripada kumpulan masyarakat umum di mana sekitar 20 peratus penduduk awam mengakui bahawa... Klik sini […]

today1 March 2021