Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Syok Sendiri Ke Tu Sis” Aksi Anzalna Nasir Miming Lagu Raya Buat Ramai Terhibur

today3 March 2021

Background

Lagi dua bulan sahaja kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, disebabkan itu kebanyakan pengusaha baju turut sedang sibuk untuk membuat promosi pakaian yang mereka hasilkan.

Tidak ketinggalan, ramai selebriti turut menjadi duta pakaian serta model bagi kebanyakan jenama tempatan.

Disebabkan itu, beberapa selebriti seperti Anzalna Nasir, Puteri Aisyah, Siti Saleha dan Raysha Rizrose turut bekerjasama untuk satu busana tempatan.

Anzalna ada memuat naik satu video pendek menunjukkan beliau dan rakan selebriti yang lain sedang miming lagu raya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Kelihatan Anzalna begitu bersemangat berbanding selebriti yang lain sehingga membuatkan ramai terhibur melihat keletah ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Mungkin ketika itu hanya scene Anzalna sahaja yang memerlukan beliau miming lagu dengan penuh semangat, disebabkan itu lah selebriti yang lain hanya mendiamkan diri.

Memang terhibur pun tengok Anzalna tu, dapat pula beliau memang seorang yang kelakar.

Sumber foto dan video: Instagram Anzalna Nasir

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Kini Boleh Dibuka Semula, Ini Antara Senarai ‘Filem Menarik’ Yang Menanti Anda Di Pawagam

Ianya susulan kenyataan yang dimuat naik oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) semalam, memaklumkan bahawa operasi pawagam di semua kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kembali dibenarkan.Menurut FINAS, pengumuman tersebut dibuat merujuk kepada keputusan MKN yang dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media PKP semalam.Ini bermakna kesemua pawagam... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today3 March 2021