Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Mahu Ajar Sayangi Alam Sekitar, Saharul Ridzwan Bawa Anak Berkebun

today3 March 2021

Background

Baru-baru ini pelakon terkenal, Saharul Ridzwan memuat naik foto beliau bersama anaknya, Muhammad Luth Ali di kebun.

Melihat kepada perkongsian itu, rupanya Saharul mengajar anaknya berkebun sambil mengenali tumbuh-tumbuhan. Wah bestnya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAHARUL RIDZWAN® (@saharulridzwan)

“Berkebun dengan anak jap dekat Kebun Tok Abah. Hari ni ajar dia tentang sayang pokok dan tumbuhan. Semuanya makhluk Allah. Kena ikhlas sayang semua makhluk Allah, barulah semua orang sayang kita. Walaupun dia tak berapa faham, saya doa supaya Allah terangkan hati dia utk faham. InShaaAllah ❤️
.
Selain bercucuk tanam, ada cadangan aktiviti apa lagi boleh buat bersama keluarga tak? Share jap ?”

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Saharul, beliau mahu mengajar anaknya bahawa tumbuh-tumbuhan, pokok, haiwan adalah makhluk Allah yang perlu disayangi.

Dalam pada itu, sempat juga Saharul bertanyakan kepada pengikutnya di laman Instagram untuk mencadangkan aktiviti apa lagi yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarganya.

Sumber ; Instagram Saharul Ridzwan

Baca artikel berkaitan : Tidak Salah Mohon Pertolongan Isteri, Saharul Ridzwan Beri Tips Untuk Golongan Suami

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Suami Kantoi ‘Modified’ Kereta, Tak Pasal-Pasal Kena Tadah Telinga Dengar Isteri Bebel

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok milik @mamydannini, dia ketika itu secara spontan sedang merakam suaminya membawa masuk kotak ke dalam bonet kereta mereka.Namun tidak lama kemudian, dia menyedari ada bahagian di keretanya yang lain dan telah diubahsuai. Akibat rasa geram, si isteri pantas bertanya kepada suami "hang pi buat apa tadi kat kereta ni?" sambil memukul suaminya."Makeup lah," jawab si suami. Sebaik saja wanita itu mendengar jawapan spontan […]

today3 March 2021