Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Dah Sampai Giliran” Tahniah Ruhainies, Foto Berbaju Pengantin Buat Ramai Tumpang Gembira

today16 March 2021

Background

Kata orang kalau si kakak dah mendirikan rumah tangga, tak lama lagi si adik pun akan menyusul ikut jejak.

Jadi, adakah ini bermaksud pelakon Ruhainies kini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas kakaknya, Nur Risteena selamat dinikahkan dengan jejaka pilihannya iaitu Isa Khan pada 12 Mac lalu.

Nampaknya Ruhainies dilihat seakan-akan sudah bersedia untuk menempuh alam rumah tangga apabila ramai sudah bertanyakan tentang perkara tersebut kepadanya.

Dengan itu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu telah memuat naik foto dirinya lengkap memakai baju pengantin persis seperti selepas selesai majlis pernikahan.

Dalam masa yang sama, beliau turut menulis caption memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk dirinya pula mendirikan rumah tangga.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan turut berasa agak keliru dengan caption yang ditulis sehingga membuatkan ada yang menyangka Ruhainies sudah bernikah.

Namun sebenarnya foto tersebut merupakan foto yang diambil sewaktu selesai pengambaran drama baharu lakonanya yang berjudul Cukup Derita Itu yang bakal disiarkan di TV 3 menerusi slot Samarinda bermula pada 6 Mei nanti.

Sebelum ini, Ruhainies pernah menjalin cinta bersama dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Elff Johan tetapi nampaknya sehingga kini tiada lagi update mengenai kisah cinta mereka berdua.

Jangan risau guys, nanti kalau Ruhainies nak kahwin mesti beliau akan kongsikan berita gembira itu kepada semua peminatnya!

Sumber foto: Instagram Ruhainies

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Duduk Serumah Dengan Mentua, Wanita Ini Menangis Dah Penat Masak Tapi Lauk Pula Kena Buang

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita bernama Dek Nana di laman TikTok milik peribadinya, kelihatan dia sedang menangis sambil mengesat air mata kerana masakannya tidak dihargai oleh mak mentua."Pagi tadi aku masak sayur, tengahari aku buka masih banyak lauknya. Lepas wudhu' aku tengok periuk dah ada dalam singki dan kosong. Bila aku check, rupa-rupanya sayur tu dibuang, padahal masih banyak""Benda ni jadi lepas anak perempuan dia balik, lepas tu […]

today16 March 2021