Sambutan hari ulangtahun kelahiran pasti indah jika dapat diraikan bersama insan tersayang.
Tarikh 17 Mac 2021 adalah merupakan ulangtahun kelahiran pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang ke-29.
Bersempena dengan hari tersebut, suami Ayda iaitu pengacara Nabil Mahir telah memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Melalui hantaran itu, Nabil memberitahu tentang keputusan terbaik yang dilakukannya setahun yang lalu.
Beliau menulis pada ruangan caption:-
“Today last year, I made the best decision by proposing you. Now I get to wake up everyday feeling complete joy knowing you’re next to me.
@aydajebat, you are an amazing woman and I’m blessed to be able to call you, my wife.
Happiest Birthday to you baybee ❤️
I wuvv you!”
Nabil merasakan dirinya sangat bahagia kini dengan kehadiran Ayda di sampingnya.
Beliau juga mengakui isterinya itu seorang yang hebat dan bersyukur akan kurniaan memiliki Ayda sebagai isterinya.
Sementara itu, Ayda juga membalas ucapan suaminya ini.

Sweet betul pasangan suami isteri ini.
Mereka nampaknya menikmati bahagia sejak dinikahkan pada 1 Januari 2021.
Semoga mereka terus melayari bahtera rumah tangga dengan kemanisan dan gelak tawa.
Kami di Hot FM juga ingin mengucapkan happy birthday to Ayda Jebat!
Baca artikel berkaitan: Berada Di Kelantan, Ayda Jebat Tunjuk Bakat Dengan Persembahan Dikir Barat Dalam Kereta
Sumber: Instagram Nabil Mahir dan Ayda Jebat