Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Terkesan Dengan Kehilangan Bapa, Achey Titip Pesan Ini Buat Semua

today22 March 2021

Background

Kehilangan insan tercinta memang memberi tamparan yang hebat kepada mereka yang mengalaminya.

Tambahan lagi jika seseorang itu ialah ahli keluarga yang memang rapat seperti ibu dan bapa.

Baru sahaja melalui perkara tersebut, penyanyi, pelakon dan pelawak Achey Bocey telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya pada 22 Mac 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung)

Melalui caption:-

“Pesanan… yang masih ada… jaga sebaik mungkin… berbakti sebanyak mungkin…cipta memori bersamanya sepadat mungkin..

Percayalah kesannya bukan mungkin tetapi PASTI…

AL FATIHAH
(HAMZAH BIN SALAM)
@tehtarik_hamzah”

Video yang dikongsikan tersebut menunjukkan detik-detik Achey bersama Allahyarham bapanya di dalam kereta.

Mereka berbual tentang lagu kegemaran dan Achey dilihat mengalirkan air mata apabila mendengar bapanya menyanyi.

Berdasarkan hantaran berkenaan, Achey menitip pesan buat orang ramai supaya menjaga, berbakti, serta mencipta memori sebanyak mungkin dengan insan tersayang.

Ini kerana kita tidak dapat mengundur kembali masa, hanya kenangan yang boleh dikenang sentiasa.

Semoga kita menghargai insan tersayang yang masih ada bersama.

 

Baca artikel berkaitan: Hargai Kehadiran Isteri Dalam Hidup, Achey Kongsi Video Sweet Beri ‘Nafkah’

Sumber: Instagram Achey Bocey 

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Dikecam Pemalas Sebab Goreng Ikan Untuk Suami Lapar Jam 2 Pagi, Wanita Ini Tampil Bersuara

Menerusi video yang dimuat naik oleh Amirah Husain, dia pada mulanya sedang melayan K-Drama dan suaminya tiba-tiba mengadu lapar pukul dua pagi.Sebagai seorang isteri, sudah pastinya Amirah tidak sampai hati melihat si suami kelaparan di tengah malam. Dia pun memasak nasi dan menggoreng ikan untuk dijadikan santapan suaminya di tengah malam."Tengah syok layan K-Drama, laki aku slow-slow datang bisik. Yang, lapar...Terus masuk dapur masak nasi, siang ikan. Masak paling simple […]

today22 March 2021