Sekali pandang ingatkan potret yang digantung di dinding, rupa-rupanya pelakon Izara Aishah yang penampilannya saling tak tumpah seperti pelakon Hindustan!
Izara yang sememangnya mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan kelihatan sangat cantik ketika berada di teratak Dato’ Rizalman.

Sekali pandang, ibu kepada seorang cahaya mata itu nampak seperti patung dan pakaian yang digayakan olehnya turut menampakkan asal usul keluarganya.
Posting Izara di laman Instagram miliknya turut mendapat perhatian ramai apabila para peminatnya turut memuji kecantikan yang dimiliki oleh menantu Dato’ Sri Siti Nurhaliza itu.

Foto tersebut diambil selepas Izara selesai penggambaran bersama dengan Dato’ Rizalman di kediaman pereka fesyen tersebut.
Tidak dinafikan, Izara sememangnya salah seorang selebriti berdarah campur yang cantik ditambah pula beliau turut merupakan penggemar filem dan lagu Hindustan.
Sumber foto: Instagram Izara Aishah