Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Hargai Jasa Isteri, Aeril Zafrel Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Wawa Zainal

today25 March 2021

Background

Seronok rasanya bila dapat hadiah daripada yang tersayang kan, lagi-lagi kalau dapat hadiah kereta mewah yang tak disangka-sangka!

Pelakon dan usahawan yang turut dikenali sebagai Mr. President TikTok iaitu Aeril Zafrel baru-baru ini telah menghadiahkan sebuah kereta mewah untuk isterinya yang tersayang iaitu Wawa Zainal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Aeril dilihat telah membuat kejutan buat Wawa sekali gus menghadiahkan kereta tersebut sebagai tanda penghargaan atas usaha isterinya itu sepanjang mereka berumah tangga dan membangunkan perniagaan.

Para pengikut mereka turut tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan suami isteri yang terkenal dengan video sweet setiap masa itu.

Sebelum ini sekitar tahun 2018, Wawa turut pernah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada suaminya itu dan kini mungkin giliran Aeril pula membalas hadiah tersebut.

Seronoknya tengok Aeril dan Wawa ni, saling sayang menyayangi antara satu sama lain dan bertolak ansur dalam hubungan.

Okay lepasni nak hadiahkan apa pula?

Sumber foto dan video: Instagram Aeril Zafrel

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

jude-chan-deliveroo-rider

Sosial

Berjaya Lengkapkan 21,500 Pesanan, ‘Rider’ Makanan Ini Bakal Terima Bonus Sebanyak RM56,870

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat kerjaya sebagai rider penghantar makanan semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai. Hal ini berkadar terus dengan peningkatan syarikat yang menawarkan sistem penghantaran makanan membolehkan orang ramai mampu melakukannya secara sepenuh masa mahupun freelance. Terbaharu, tular di Singapura apabila platform Deliveroo yang sememangnya popular di negara... Klik sini untuk baca artikel […]

today25 March 2021