Jangkaan tentang majis perkahwinan selebriti terkenal Noor Neelofa dikira benar dan bakal berlaku dalam masa terdekat.
Ia berikutan tarikh 26 Mac 2021 dikatakan akan menjadi hari bersejarah buat Neelofa yang akan bergelar isteri.
Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan perkongsian Instagram story beliau pada 25 Mac 2021.

Video pendek yang dibuat itu menampakkan jari-jari di tangan Neelofa yang sudah dipakaikan inai.
Wah, makin berdebar rasanya menunggu hari bahagia beliau.
Rakyat Malaysia juga semestinya tidak sabar menyaksikan penyatuan Neelofa dan bakal pasangan yang dijangka ramai, Haris Ismail atau PU Riz.
Semoga perjalanan Neelofa bergelar seorang isteri dipermudahkan.
Baca artikel berkaitan: Muat Naik Gambar Doa Urusan Dipermudahkan, Neelofa Beri Pelbagai Jawapan Pada ‘Background’
Sumber: Instagram Neelofa