Tak tahu lah nak ketawa atau kesian dengan nasib yang menimpa penyanyi Caprice apabila kesemua selebriti crush yang disukainya kini sudah menjadi isteri orang.
Jika sebelum ini Caprice ‘kecewa’ dengan Mira Filzah, kini beliau sekali lagi menanggung perasaan itu apabila Noor Neelofa turut sah bergelar isteri kepada PU Riz pada 27 Mac lalu.

Melalui posting terbaharunya di laman Instagram, beliau ada memuat naik satu video ucapan tahniah kepada Neelofa dan PU Riz sekali gus turut sempat berdrama seketika.
View this post on Instagram
“Neelofa dan PU Riz dan jadi suami isteri disatukan dalam satu majlis serba putih. MasyaAllah Alhamdulillah… You know what? Now it’s my turn!”
Posting tersebut turut membuatkan ramai pengikut Caprice terhibur dan dalam masa yang sama mendoakan agar selepas ini gilirannya pula untuk bertemu dengan jodohnya.

Tak mengapa Caprice, bunga bukan sekuntum kan.
Mana tahu lepas ni Caprice pula yang kahwin, ramai pula bunga yang kecewa nanti!
Baca juga artikel sebelum ini:
Berakhir Sebuah Penantian, Neelofa Dan PU Riz Selamat Bergelar Suami Isteri
Sumber foto dan video: Instagram Caprice