Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Umum Hamil Anak Pertama, Dayana Roza Mohon Doa Daripada Orang Ramai

today31 March 2021

Background

Pernah ditegur bentuk badannya kelihatan seperti wanita hamil, pelakon Dayana Roza akhirnya berkongsi berita gembira.

Pada 30 Mac 2021, beliau telah memuat naik satu foto di Instagram miliknya.

Melalui caption:-

“your first ‘Hi’ to mommy & daddy ? i just can’t wait for your first in everything my love ?

doakan semuanya dipermudahkan guys ??”

Dayana mendedahkan bakal menimang cahaya mata setelah beliau kini disahkan hamil anak pertama.

Pelakon itu sangat bersyukur dan merasakan ia adalah satu rezeki yang tidak ternilai.

Dalam pada itu, berita kehamilannya dihujani dengan ucapan tahniah oleh teman-teman selebriti pada ruangan komen.

Untuk rekod, Dayana dan suaminya, A’dale Adham Ayahudin telah mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020.

Semoga proses kehamilan Dayana berjalan lancar sehinggalah hari melahirkan nanti.

 

Baca artikel berkaitan: Dikatakan Ada Baby Bump, Ini Jawapan Dayana Roza

Sumber: Instagram Dayana Roza 

Written by: Hasanah Yusof


Previous post