Siapa sangka selepas 20 tahun membawa haluan masing-masing, kini kumpulan wanita yang terkenal dengan lagu Manisnya Senyumanmu kini bakal kembali dengan lagu baharu mereka.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh kesemua ahli Elite iaitu Azza, Abby Abadi, Watie, Shasha Saidin dan Linda Rafar di laman Instagram masing-masing.
View this post on Instagram
Posting tersebut menunjukkan mereka masing-masing mengenakan baju jubah bersama dengan tudung dan lebih menarik lagi apabila lagu tersebut bertemakan ketuhanan.
Difahamkan juga lagu yang berjudul Alhamdulillah ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan itu akan dapat didengar oleh peminat pada 11 April ini.
View this post on Instagram
Kebanyakan peminat mereka sudah berasa tidak sabar menunggu lagu tersebut dan turut tumpang gembira dengan comeback tersebut.

Dalam masa yang sama, di dalam lagu tersebut turut bakal menyaksikan mereka menyanyi rap seperti lagu Elite yang sebelum ini.
Woww, agak-agak siapa ya yang akan rap tu?
Apa pun, sama-sama kita nantikan single terbaharu daripada kumpulan Elite!
Sumber foto dan video: Instagram Abby Abadi