Dikenali sebagai seorang pelakon yang sentiasa ada sahaja ‘akal’ dan gimik, Shaheizy Sam baru-baru ini mengundang perhatian warganet sekali lagi apabila memuat naik sebuah video masakan lebih kurang sama seperti Youtuber masakan terkenal iaitu Khairul Aming.
@shaheizysamCONFIRMED!!! #Chocolate #Tube #JustPicIt #FYP♬ original sound – Shaheizy Sam
Melihat di dalam video berkenaan, Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam bin Abdul Samad sebenarnya mahu mempromosikan produk terbaharunya iaitu Chocolate Tube, namun cara beliau mempromosikan produk tersebut nampaknya mendapat kritikan dan dianggap tidak memiliki identiti sendiri.
Video yang di muat naik di laman sosial TikTok miliknya itu turut mendapat pelbagai respon bercampur baur dari warganet yang menonton :

Tetapi disebalik kritikan yang diterima, ada juga komen-komen positif yang terhibur dengan video berkenaan dan menganggap marketing yang dilakukan oleh Sam adalah lain dari yang lain!
Korang pula rasa macam mana? Komen sikit!
Sumber : TikTok Shaheizy Sam
Baca artikel berkaitan : Throwback Zaman Kegemilangan Siap Ada Jawline, Ramai Terkejut Tengok ‘Sesungut’ Shaheizy Sam