Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Jangan Rasa Bagus” Fezrul Khan ‘Ditegur’ Pelakon Sitkom, Siap ‘Mengajar’ Sebelah Pengarah

today13 April 2021

Background

Selama 17 tahun berkecimpung dalam dunia seni, akhirnya pelakon Fezrul Khan membuka mulut apabila beliau berasa tidak puas hati selepas ‘diajar’ oleh seorang pelakon sitkom.

Menurut luahan yang dikongsikan olehnya di laman Instagram, Fezrul memberitahu bahawa pelakon tersebut turut duduk di sebelah pengarah bagi menegur lakonannya itu.

Bagi pelakon berusia 39 tahun itu, ia merupakan perkara yang sangat tidak sopan apabila pelakon yang dimaksudkan itu dilihat melebih-lebih berbanding dengan tuan pengarah.

Tambah Fezrul lagi, seorang pelakon tidak seharusnya merasakan dirinya bagus dalam setiap lakonan yang diberikan dan bidang lakonan merupakan perkara yang perlu sentiasa belajar.

Mungkin bagi Fezrul, untuk menegur lakonan itu tidak salah tetapi jangan sehingga mengguris perasaan pelakon itu sendiri.

Kalau pelakon yang dimaksudkan oleh Fezrul itu tidak berkelakuan lebih sudu daripada kuah mesti beliau sendiri boleh terima teguran yang diberikan.

Sumber foto: Instagram Fezrul Khan

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post