Kata orang, kalau suara sedap waktu menyanyi mesti bertambah merdu bila mengaji kan?
Jadi jelas ternyatakan kata-kata itu apabila penyanyi Zizi Kirana telah mendapat pujian daripada ramai apabila mendengar beliau mengaji Al-Quran.
View this post on Instagram
Lebih menarik lagi, Zizi bukan setakat mengaji biasa tetapi beliau turut bertaranum sehingga membuatkan ramai yang cair apabila mendengar suara serak basahnya itu.
Video yang dimuat naik oleh sebuah laman Instagram itu turut dibanjiri dengan pujian daripada peminat Zizi sendiri.

Untuk maklumat, Zizi kini turut sedang dalam proses dalam membuat perubahan pada penampilan dirinya dan disebabkan itu penyanyi lagu EH itu turut telah memadam beberapa fotonya yang berpakaian agak terdedah.
Mungkin Ramadan tahun ini akan memberi sinar baharu kepada Zizi untuk berubah dan menjadi muslimah yang solehah.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Zizi agar perjalanannya dalam mengejar hidayah akan dipermudahkan!
Baca juga artikel berkaitan:
Zizi Kirana Padam Gambar Seksi Di IG, Hati Terdetik Untuk Berubah Selepas Terima Mesej Mengejut Dari…
Sumber foto: Instagram Zizi Kirana