Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Pandai Hormat Parents” Anak Kembar Farahanim Razak Kena Denda Lepas Buat Rumah Turun ‘Salji’

today20 April 2021

Background

Memiliki anak kembar merupakan rezeki paling besar buat pasangan suami isteri, tapi mesti si kembar ini mempunyai banyak akal mereka!

Pengacara Farahanim Razak turut memiliki anak kembar iaitu Amina Raissa dan Amira Raissa yang kini sudah berusia 3 tahun.

Siapa sangka dengan kehadiran Amina dan Amira telah melengkapkan keluarga kecil Farahanim bersama suami iaitu Dr. Arif Aizudin.

Seperti kanak-kanak yang lain, Amina dan Amira turut mempunyai ragam yang tersendiri dan kali ini dua beradik ini telah didenda akibat bermain dengan bedak sehingga membuatkan rumah mereka seperti telah dituruni ‘salji’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FARAHANIMRAZAK (@farahanimrazak)

“Dah kena denda pun main main lagi budak dua orang ni! Habis satu rumah dia pergi kerjakan bedak buat party bedak, ingat salji ke dalam rumah ni wahai anak.”

Turut kelihatan Amira serta Amira berdiri dan meletakkan tangan di belakang sambil memandang ke luar sebagai tanda didenda.

Namun ramai pula dilihat terhibur dengan aksi mereka berdua serta ada juga yang memuji sikap menghormati dalam diri Amina dan Amira.

“Tapi pandai dia bila nk say sorry tu dia turn back. Which is dia respect parents dia. So cute !”

Kata orang melentur buluh biar lah dari rebungnya, maka dengan itu betul lah cara didikan yang diberikan oleh Farahanim dan suami.

Bila anak buat salah kena lah denda supaya mereka tahu kesalahan tersebut, nanti dah besar mesti akan jadi anak yang soleh dan solehah.

Sumber foto dan video: Instagram Farahanim Razak

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Pantang Nampak Ibu Bermanja Dengan Ayah, Si Kecil Ini Siap ‘Jeling’ Tak Puas Hati

Hal ini kerana kebanyakan anak perempuan dilihat sering bertelingkah dengan ibu berbanding ayah, mungkin kerana sama jantina yang membuatkan mereka tidak serasi.Namun begitu, ibu jugalah yang menjadi kawan baik mereka apabila besar nanti dan menjadi teman untuk berkongsi masalah. Senang cerita, gaduh manja itu biasa.Tetapi, berbeza pula dengan sebuah video yang viral di TikTok beberapa hari lalu apabila gelagat seorang kanak-kanak perempuan berebut ayah dengan si ibu mencuri tumpuan... Klik […]

today20 April 2021