Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Throwback Video Zaman ‘Kegelapan’, Kejayaan Wak Doyok Ini Dijadikan Contoh Warganet

today22 April 2021

Background

Setiap kejayaan yang diperoleh pada hari ini pasti akan menempuh kegagalan terlebih dahulu.

Begitu juga dengan pelakon serta personaliti media sosial iaitu Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor.

Wak yang juga seorang usahawan itu pernah melalui kegagalan dan merasai hidup susah ketika dahulu sehingga membuatkan beliau berasa sangat bersyukur apabila beliau sudah berjaya seperti sekarang.

Menerusi posting terbaharunya di laman Instagram, Wak ada kongsikan video kompilasi dirinya ketika zaman dahulu yang menunjukkan beliau pernah bekerja sebagai buruh kasar, kelindan lori, pemotong rumput, mekanik dan banyak lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)

Namun kini Wak telah berjaya menjadi usahawan berjaya serta digelar sebagai ikon fesyen tempatan.

Kejayaannya itu turut menjadi contoh kepada pengikutnya di laman Instagram sehingga ada yang mahukan tips daripadanya sendiri.

Semoga dengan kejayaan Wak pada hari ini dapat memberi inspirasi kepada ramai lagi anak muda untuk terus berusaha dalam hidup sehingga mencapai apa yang mereka inginkan dalam hidup ini.

Sumber foto: Instagram Wak Doyok

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

“Auto Angelina Jolie” – Usik Sarang Tebuan, Bibir Lelaki Ini Terus Berubah 360 Darjah

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan dan rakannya sedang berada di sebuah lokasi tempat mereka bekerja.Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah bibir bengkak lelaki itu yang dipercayai disengat oleh tebuan semasa dia sedang bekerja. Malah, bibirnya itu juga menjadi bahan usikan rakan-rakannya yang terhibur melihatnya. Ada juga rakan yang menawarkan bantuan dengan menawarkan minyak sapu kepadanya. Namun, bibir lelaki tersebut dilihat kembali sembuh pada keesokkan... Klik sini untuk baca artikel […]

today22 April 2021