Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Nak Tolong Tak?” Fara Mendoza Bawa Kereta Besar, Ramai Nervous Sampai Ada Yang Mahu Bantu

today22 April 2021

Background

Kata orang kecil-kecil cili padi, sebab tu lah kot ramai yang rasa nervous bila tengok pelakon Fara Mendoza nak masuk parking kereta.

Mana tidaknya, kereta yang dibawa olehnya itu nampak tiga kali ganda lebih besar berbanding dirinya itu.

Fara telah memuat naik satu video pendek menunjukkan dirinya sedang memandu sebuah kereta mewah tanpa bumbung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fara Mendoza (FM) (@fara_mendoza)

Lebih menarik lagi, ramai pengikutnya turut terhibur melihat aksinya sehingga ada yang nampak bimbang dan menawarkan diri untuk membantu dirinya.

Dalam masa yang sama beliau turut nampak tidak berkeyakinan ketika membawa kereta tersebut, disebabkan itu lah mereka rasa bimbang.

Jangan ingat orang kecil ni tak berani nak buat benda lasak tau, badan kecil la lagi senang nak buat apa-apa aktiviti.

Dalam perkembangan lain, Fara kini sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi mengisi masa lapangnya.

Beliau turut sedang membuat persiapan awal untuk Aidilfitri nanti, katanya biar awal nanti tak ada kelam kabut jadinya.

Sumber foto dan video: Instagram Fara Mendoza

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

30 Hari 30 Resepi Berbuka Puasa

Siapa je yang tak kenal dengan chef online kegemaran ramai iaitu Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman.Terkenal dengan trademark "hey what's up guys, jom kita start", Khairulaming sememangnya ikon yang diminati ramai tidak kiralah golongan muda atau tua. Hal ini kerana menu-menu yang disajikan olehnya adalah simple, menarik dan confirm sedap.Seperti biasa, setiap tahun Khairulaming akan sediakan 30 resepi berbuka puasa untuk rujukan bagi korang yang tak tahu nak... Klik […]

today22 April 2021