Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bela Nasib Tunang Dan Kaum Wanita Lain Yang Kena Sexual Harrasment, Tindakan Ashry Dipuji Ramai

today24 April 2021

Background

Kebiasaannya kita pasti akan dengar berita tentang sexual harassment berlaku dalam kalangan kaum wanita dan setiap kali itu lah nasib mereka tidak dibela.

Kali ini, seorang usahawan yang juga personaliti media hiburan iaitu Ashry Atan telah tampil membela nasib tunangnya yang juga menjadi mangsa sexual harassment.

Menerusi perkongsian kisahnya di laman Instagram, difahamkan tunangnya yang dikenali sebagai Fatin Mazlan telah menerima panggilan daripada satu nombor yang tidak dikenali.

“Guys anyone ada experience dengan orang gila sex? This guy dah berapa kali call Fatin buat phone sex. Dia punya motif bila call dia cakap “ni fatin ke, ni abu, abu nak terpanc**t ni.”

Selepas disiasat dan juga bantuan daripada pengikutnya di media sosial, Ash telah menjumpai data peribadi lelaki tersebut yang difahamkan dia merupakan pengurus di sebuah syarikat terkenal.

Dalam masa yang sama, Ash turut ada kongsikan beberapa bukti yang mengaitkan lelaki tersebut tetapi posting tersebut telah dibuang oleh pihak Instagram sendiri.

Ash turut memohon bantuan orang awam untuk memberi info berkenaan cara untuk memberi pengajaran kepada golongan gila seks ini supaya perkara begitu tidak akan terjadi kepada orang lain di kemudian hari.

Tindakan pantas Ash itu juga telah dipuji oleh ramai pengikutnya di media sosial dan ada antara mereka turut kongsikan pengalaman berhadapan dengan perkara sama.

Isu sexual harassment ini bukan sahaja terjadi kepada kaum wanita tetapi ada juga kaum lelaki yang berhadapan dengan perkara ini.

Oleh itu, kalau ada sesiapa kenalan anda terkena sexual harassment, sila buat laporan dengan segera okay!

Sumber foto: Instagram Ashry Atan

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Hukum ‘Menari’ Di TikTok, Ini Penjelasan Daripada Ustaz Azhar Idrus Sendiri

Sebagai rekod, TikTok merupakan aplikasi telefon yang membenarkan pengguna merakam video yang diiringi pelbagai genre muzik sebagai latar belakang. Iringan muzik tersebut boleh dipercepatkan, diperlahankan dan boleh ditapis dengan beberapa pengubahsuaian. Pengguna juga boleh menghasilkan video komedi dan melakukan pergerakan mulut secara senyap seiring dengan rentak muzik yang popular (lip-sync).Walau bagaimanapun, ada yang bertanyakan apa hukumnya kegilaan anak-anak muda... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 April 2021