Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Penat KKM Suruh Jaga SOP” Bazar Aidilfitri KL Sesak, Ramai Kecewa Dengan Sikap Masyarakat Sendiri

today26 April 2021

Background

Semakin hari, kes COVID-19 semakin bertambah dan terbaharu pada 25 April dilaporkan sebanyak 2,690 kes harian dicatat setakat ini.

Ini membuatkan kes semakin meningkat hari demi hari sehingga turut menyebabkan banyak kluster baharu mula tercatat.

Namun walaupun kes semakin tinggi, itu tidak membuatkan sesetengah masyarakat berasa bimbang atau khuatir dengan keadaan terkini sehingga ada yang masih berdegil berkumpul di kawasan tumpuan umum serta dilihat seperti mengabaikan SOP yang telah dikuatkuasakan.

Satu video dan beberapa foto telah tular di Twitter menunjukkan keadaan penuh sesak di Bazar Aidilfitri KL @ Lorong TAR berdekatan ibu kota Kuala Lumpur.

Orang ramai dilihat sanggup untuk beratur bagi memasuki lorong tersebut sekali gus membuatkan keadaan sekeliling nampak begitu padat.

Video tersebut telah menimbulkan kemarahan sesetengah netizen kerana menganggap situasi tersebut akan menyumbang kepada peningkatan kes harian.

Tidak dinafikan ketika ini ramai umat Islam sudah membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 13 Mei ini, tetapi itu tidak bermaksud kita boleh ketepikan segala SOP yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, bazar Aidilfitri telah dibenarkan untuk beroperasi sehingga jam 2 pagi oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ucapannya pada 23 April lalu.

Semoga dengan kelonggaran yang diberikan ini tidak membuatkan orang ramai mengambil kesempatan sehingga membuatkan kita sendiri yang susah di kemudian hari.

Sumber foto dan video: Twitter

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

adidas sneaker collect cover

Sosial

Butik adidas Sneaker Collect Kedua Dunia Kini Dibuka Di KLCC

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Jumaat lalu adidas secara rasmi telah membuka butik adidas Sneaker Collect di Level 3 KLCC, butik konsep yang mengumpulkan model terbaru daripada adidas merangkumi koleksi adidas Performance sehinggalah adidas Originals. Kuala Lumpur merupakan destinasi kedua untuk butik Sneaker Collect selepas butik konsep pertama ini dibuka di China. Apa yang membezakan butik ini dengan butik adidas yang lain adalah... […]

today26 April 2021