Dikenali sebagai pelakon yang sangat menjiwai watak, berikan apa sahaja karakter kepada beliau pasti akan dilaksanakan dengan baik.
Siapa lagi kalau bukan pelakon terkenal, Azhan Rani yang semakin melonjak namanya semenjak lakonan beliau di dalam drama Nur sebagai Ustaz Hamadi menjadi dan mendapat perhatian ramai.
Mengikuti perkembangan terbaharu beliau, Azhan kini dilihat tampil dengan imej baharu iaitu berambut blonde ataupun berwarna perang, berbeza dari penampilan beliau yang sebelumnya.
View this post on Instagram
Wahhh nampak lebih muda Azhan dengan rambut baharunya itu!
Mesti ramai yang tertanya-tanya kan kenapa beliau memilih untuk mewarnakan rambut sebegitu, haa ini semua disebabkan drama yang sedang dijayakan beliau iaitu drama Keluarga Untuk Disewa yang sedang menjalani penggambaran ketika ini.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang terkejut melihat penampilan baharunya itu, malah ada yang menyangka mereka tersalah mengikuti akaun Kpop!

Lucu melihat respon-respon pengikut Azhan di Instagram beliau. Apa-apa pun all the best untuk drama terbaharu!
Sumber : Instagram Azhan Rani