Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

‘Flex’ Pakai Face Mask Dalam Mall, Aeril Zafrel Perli Content TikTok Amir Ganu

today28 April 2021

Background

“Definisi menganjing tahap dewa ???, kalau aku kena perli macam ni auto delete account takpun mengaku dihack hahaha malu oii artis perli bukannya TikTok femes”

Siapa tidak kenal dengan cara gurauan pelakon Aeril Zafrel ini, ada sahaja bahan yang ingin dijadikan parodi sehingga ada yang menyifatkan beliau sebagai selebriti yang ‘kuat menyakat’.

Segala content dan challenge yang dilakukan oleh Aeril ini pastinya mempunyai unsur-unsur viral belaka dan hanya berkait rapat dengan isu semasa menjadikan pelakon ini lebih dekat dengan ‘gurauan’ masyarakat.

Terbaharu, beliau telah memuat naik sebuah video meniru gaya seorang TikToker yang berasal dari Terangganu di mana namanya acap kali menerima ‘kecaman’ daripada warganet kerana sering memuat naik content video yang diperlihatkan seperti sedang berjalan ‘tanpa tujuan’ di pusat-pusat membeli-belah.

@aerilzafrel8Agak2 orang kenal tak??♬ DJ GEMES – wawanawe26????

Caption:  

“Agak2 orang kenal tak??”

Bagi mereka yang sering meluangkan masa ‘bermain’ di aplikasi terbabit, pastinya dapat menebak siapakah gerangan ‘mangsa’ yang cuba ditirunya kali ini.

Gaya pemakaian penutup muka dari jenama terkemuka yang terlihat sering dibuka dan ditutupnya berulang kali itu sememangnya trademark asli milik TikToker yang berasal dari Terengganu itu atau lebih mesra dipanggil Amir Ganu.

Rata-rata pengguna TikTok menyifatkan video terbabit hanya sebagai hiburan semata-mata dan tidak sama sekali mengejek atau mempersendakan sesiapa, malah aksi mencuit hati itu menjadi perhatian umum sehingga video yang dimuat naik di laman Tiktok milik Aeril ini dipertonton berulang kali dan berjaya meraih sebanyak 2 juta viewers.

 

Pastinya ‘pengikut-pengikut’ Amir Ganu di laman TikTok itu berasa teruja apabila selebriti terkenal yang diberi ‘pengiktirafan’ dari netizen sebagai ‘president TikTok’ Malaysia ini turut mengenali pemuda terbabit.

“Fuyoooo kemain famous Amir sekarang sampai artis pun kenal buat parodi sekali…lepas ni terkenal bukak bisnes la amir oi”

Aeril Zafrel ni ada-ada saja kan, banyak ‘akal’ betul!

Apa-apa pun, diharapkan tiada sesiapa yang tersinggung hati ya dengan ‘president’ kita, dia bergurau je tu.

Ditulis Oleh : Puteri Haideera Zuraidi

Sumber : TikTok Aeril Zafrel

Baca artikel yang berkaitan : “Dibenarkan Balik Kampung Hingga 6 Mei Depan” Aeril Zafrel Bikin Peminat Suspense

Written by: Azra Azuar


Previous post

BeFunky-collage (29)

Sosial

Bimbang Ganggu Pembelajaran, Pelajar Matrikulasi Tidak Perlu Bayar Kompaun RM1,500

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Sekitar 19 April yang lalu, tular di media sosial mengenai kes melibatkan enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang dikompaun sebanyak RM1,500 seorang oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memakai pelitup muka. Terbaharu, portal Astro Awani melaporkan bahawa isu ini telah diselesaikan dan para pelajar yang terlibat tidak perlu membayar kompaun RM1,500 seperti yang dikenakan oleh... Klik sini […]

today28 April 2021