Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Sorry Akak Masih Gigil Lagi Ni” Anak Lelaki Noorkhiriah Hilang, Kini Telah Selamat Dijumpai

today20 May 2021

Background

Pada awal pagi 20 Mei 2021, media sosial dikejutkan dengan berita kehilangan anak pelakon terkenal, Noorkhiriah Ahmad, iaitu Muhammad Hudhaifah, 12 tahun dari kediaman mereka.

Susulan dari kejadian itu, pelakon tersebut bertindak memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya memberitahu bahawa anak lelakinya itu telah hilang dan memohon orang ramai memberikan maklumat sekiranya ternampak anaknya itu di sekitar Damansara, Petaling Jaya.

Melihat di laman Instagram, beliau turut berkongsi gambar anaknya bersama basikal yang dipercayai digunakannya untuk keluar rumah.

Memetik laporan berita Mstar, suami Noorkhiriah memaklumkan bahawa anaknya disedari hilang sekitar jam 6 pagi dan setelah beberapa jam, anaknya itu telah selamat dijumpai  di sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI), berdekatan pusat membeli belah One Utama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

“Terima Kasih Semua Yang War2kan..Alhamdulillah dah JUMPA..Terima Kasih @iesya_toh orang P1 akak gegar.. @azzaelite …sori akak tengah gigil lagi ni..pada yg wasap/ col nanti akak balas..Terima Kasih semua..Alhamdulillah..Terima Kasih Allah…”

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu, namun pasangan itu tidak mendedahkan punca dan bagaimana anak mereka hilang.

Mungkin kerana masih terkejut dan terkesan dengan kejadian yang menimpa keluarganya itu.

Kami di Hot FM mendoakan supaya anak mereka berada dalam keadaan yang baik dan urusan mereka dipermudahkan.

 

Sumber  : Instagram Noorkhiriah dan Mstar

Written by: Fieyna Azman


Previous post