Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Jangan Gurau Atas Nyawa Orang” Sharnaaz Ahmad Selar Tindakan Kurang Sensitif Iman Troye

today25 May 2021

Background

Kecoh di rata-rata media sosial apabila penyanyi cilik yang semakin meningkat naik iaitu Iman Troye tersilap langkah apabila memuat naik ciapan yang menimbulkan kemarahan di dalam kalangan pengikutnya di laman Twitter sehingga dikecam hebat oleh netizen.

Penyanyi kelahiran program I Can See Your Voice Malaysia Season 2 (ICSYV2) itu sebelum ini memuat naik ciapan berkaitan peningkatan kes COVID-19 yang mana telah mencapai angka kes harian sebanyak 6,000 ketika ini, dengan ciapan berbaur sindiran.

Nampaknya ciapan itu bukan sahaja mendapat perhatian umum sehingga beliau menyah atifkan akaun Twitternya, malah pelakon Sharnaaz Ahmad turut memberi teguran terbuka buat penyanyi lagu Teman itu.

Berdasarkan ciapan yang ditujukan buat Iman itu, Sharnaaz memahami jika penyanyi berkenaan mahu bergurau mengenai kes tinggi ataupun ‘kerajaan gagal’ kerana mahu raih kesedaran rakyat tentang kenaikan angka Covid-19 yang semakin membimbangkan, namun Sharnaaz tidak bersetuju apabila Iman mula menyentuh mengenai angka 7 ribu yang dianggap tidak sensitif kepada mereka yang sedang bertarung nyawa menghadapi wabak itu.

Menurut Sharnaaz lagi, beliau telah kehilangan dua orang ahli keluarga disebabkan wabak itu,  jadi isu ini agak sensitif buat dirinya ketika ini.

Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, mungkin juga Iman tidak berniat untuk bergurau seperti itu.

Harap Iman mengambil iktibar untuk sentiasa berhati-hati dengan apa yang dilontarkan terutamanya di media sosial selepas ini.

Sumber : Twitter Sharnaaz Ahmad

Written by: Fieyna Azman