Kebelakangan ini nama ahli politik yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, hangat menjadi sebutan di kalangan rakyat tempatan.
Semuanya bermula gara-gara cara beliau mengendalikan sidang akhbar berkaitan insiden pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang berlaku baru-baru ini, disifatkan seperti tidak ada rasa sensitif dan angkuh.

Nampaknya bukan sahaja rakyat tempatan, rakan-rakan selebriti juga ada yang memuat naik pelbagai hantaran dan ciapan mengenai beliau.
Salah seorangnya adalah penyanyi Naim Daniel yang baru-baru ini memuat naik satu foto di laman Instagram, seakan menyerupai ahli parlimen Pasir Salak itu sehingga mendapat pelbagai respon lucu dari pengikut dan rakan selebriti.
View this post on Instagram
Menulis di ruangan kapsyen :
“Salam.
Saya Tan Sri Dato Dr. Prof Madya Terkejut Den.
Tak kenal? No wonderlah.”
Pemakaian face shield berkenaan adalah bagi meniru ahli politik tersebut yang tidak memakai pelitup muka ketika sidang media tersebut diadakan dan penggunaan kata “No wonderlah” adalah percakapan beliau semasa menjawab pertanyaan salah seorang wartawan berbangsa Cina dengan jawapan yang agak menyentuh isu perkauman.
Mari lihat reaksi – reaksi pengikut Naim di Instagram :

Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada 26 Mei 2021 telah bersetuju menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd berkuat kuasa serta merta dipercayai berikutan terdapat desakan supaya Tajuddin meletakkan jawatan susulan kegagalan dan tiada rasa sensitif semasa mengendalikan sidang akhbar kejadian pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT), baru-baru ini.
Sumber : Instagram Naim Daniel dan Berita Harian