Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik manis pujaan ramai iaitu Scha Al-Yahya yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 38 tahun pada 30 Mei lalu.
Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Alyahya berkongsi hari indahnya itu menerusi hantaran di laman Instagram, di mana beliau telah menerima sebegitu banyak hadiah dan kiriman bunga daripada keluarga, rakan selebriti, kenalan dan pengikut pada hari jadinya itu!
Lihat hantaran di sini :
View this post on Instagram
Menulis di ruangan kapsyen :
” I was overwhelmed by receiving so much love and attention for my birthday. I would like to thank each and everyone of you for your lovely birthday wishes, for all the flowers and gifts, doas and blessings. Thank you for loving me , for making me feel special and also for being a special part of my life. So so so blessed Alhamdulillah. Love you all ?”
Scha meluahkan rasa syukur dan terharu atas ingatan dan kasih sayang yang diberikan terhadapnya.
Dalam pada itu, disebabkan Scha telah menerima begitu banyak kiriman bunga, suami beliau iaitu Awal Ashaari sempat mengusiknya dengan mengatakan bahawa tempahan kedai bunga kini telah pun dibuka!

Bukan itu sahaja, ruangan komen pelakon dan model terkenal ini juga seperti biasa dibanjiri dengan ucapan selamat hari jadi dari peminat dan rakan artis.

Wahhh cantik-cantik ya bunga yang Scha terima!
Kami di Hot FM juga ingin mengucapkan selamat hari jadi buat Scha, stay pretty as you are!
Sumber : Instagram Scha Al-Yahya