Sekarang ni boleh dikatakan musim orang ramai menghadiri temujanji pengambilan vaksin di lokasi yang telah ditetapkan di aplikasi MySejahtera.
Seperti yang kita tahu, kita semua dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai ketika menghadiri temujanji vaksin dan bagi Muslimah yang bertudung, sudah semestinya mereka perlu memakai pakaian yang akan memudahkan proses berkenaan.
Nampaknya penyanyi Wany Hasrita telah mengalami kekeliruan berkaitan baju yang perlu dipakai olehnya ketika mahu menghadiri temujanji vaksin yang dilakukan olehnya pada 2 Jun lalu.

Lebih melucukan lagi, Wany turut memuat naik beberapa twit memberitahu bahawa menghadiri temujanji vaksin ini lebih nervous berbanding membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu.
View this post on Instagram
Aduh Wany ni, punya lah nervous dia sampai macam tu sekali ya.
Aksi melucukan Wany itu turut membuatkan ramai peminatnya terhibur dan sempat mengusiknya supaya penyanyi itu berasa sedikit tenang.
Dalam masa yang sama, penyanyi lagu Menahan Rindu itu turut kongsikan perjalanan sepanjang beliau mengambil vaksin agar dapat membuatkan orang ramai lebih bersedia apabila tiba giliran mereka nanti.


Bagus juga apa yang dilakukan oleh Wany ni, at least tak ada lah orang lain rasa takut nak cucuk vaksin atau confuse nak pakai baju apa nanti kan?
Apa pun, pastikan anda semua menghadiri temujanji vaksin di lokasi yang ditetapkan dan sampai awal 30 minit sebelum waktu yang sepatutnya.
Sumber foto dan video: Twitter Wany Hasrita