Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Dah Bela Kambing Pula, Tapi Ramai Kesian Dekat Ameena Anak Angkat Aliff Syukri

today25 June 2021

Background

Memiliki anak yang ramai semestinya membuatkan sesetengah ibu bapa terleka untuk memberi kasih sayang yang sama rata kepada mereka.

Bagi usahwan jutawan iaitu Dato’ Seri Aliff Syukri, memiliki anak yang ramai tidak lah satu bebanan baginya malah beliau turut gembira sekiranya ada lagi rezeki untuk menambah zuriat.

Dalam masa yang sama, Aliff turut dilihat telah mempunyai haiwan peliharaan baharu di rumah iaitu tiga ekor kambing yang diberi nama Adik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Anak-anak kambing itu kelihatan rapat dengan semua anak-anaknya sehingga membuatkan mereka gembira bermain bersama.

Tetapi dalam gembira itu, ada pula yang mengganggu hati dan perasaan sesetengah netizen.

Mereka berasa bimbang melihat anak angkat Aliff iaitu Ameena kerana kelihatan si kecil itu seperti takutkan kambing-kambing tersebut.

Walaupun mereka semua nampak gembira bermain dengan kambing tersebut tetapi tidak bagi Ameena kerana mungkin si kecil itu takut jika dia digigit.

Mungkin Aliff sekeluarga hanya mahu bergurau sahaja dengan Ameena, mana tahu lepas ni Ameena dah tak takut dengan kambing kan?

Datin Shahida Muat Naik Gambar Bersama Aliff Syukri, Semua Luah Rasa Gembira

Kita sebagai orang luar jangan la sesuka hati terus nak kecam okay!

Sumber foto dan video: Instagram Aliff Syukri

Written by: Ainaa Hafizah