Walaupun baru sahaja pertama kali muncul di hadapan lensa kamera tetapi siapa sangka rupa-rupanya personaliti media sosial Nurin Afiqah sebenarnya mempunyai bakat berlakon.
Nurin kini tampil menerusi drama baharu berjudul Wifi Sebelah Rumah yang turut digandingkan bersama dengan Zul Ariffin serta Nur Ruhainies.

Beliau turut kongsikan video pendek menunjukkan potongan pendek sedikit scene lakonannya dalam drama tersebut sehingga ia mengejutkan ramai pengikutnya di laman Instagram.
View this post on Instagram
Pelakon berusia 25 tahun itu tidak kelihatan kekok berlakon walaupun digandingkan bersama dengan pelakon hebat seperti Zul Ariffin.
Lakonannya itu turut dipuji dan ramai tidak menyangka bahawa lakonannya itu nampak seperti sudah mempunyai banyak pengalaman dalam dunia seni.

Lepas ni banyak lah job Nurin berlakon kan, semoga dimurahkan rezeki dalam dunia seni!
Sumber foto dan video: Instagram Nurin Afiqah