Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

A Samad Said meninggal dunia

today24 November 2026

Background


Berita pemergian Sasterawan Negara A Samad Said disahkan oleh anak sulungnya.
PETALING JAYA:

Sasterawan Negara A Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun petang ini.

Tokoh yang juga dikenali sebagai Pak Samad itu, menghembuskan nafas terakhir pada 6.10 petang ketika menerima rawatan bagi jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur.

Berita kematiannya dimaklumkan oleh anak sulungnya, Helmy Saad, lapor Kosmo.

Beliau dibesarkan di Singapura dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja sebelum melanjutkan pelajaran di Victoria Institution.

Antara cerpen terawalnya, “Hari Ini Hari Gembira”, ditulis pada Oktober 1954.

Pada 1956, beliau lulus peperiksaan Sijil Senior Cambridge dan selepas menamatkan pengajian, bekerja sebagai kerani di Hospital Besar Singapura.

Samad kemudian berpindah ke Kuala Lumpur dan menyertai akhbar Fikiran Rakyat sebagai wartawan.
Selepas beberapa bulan, beliau kembali ke Singapura untuk bekerja dengan Utusan Zaman, yang merupakan sebahagian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Scholes persoal kemampuan Yoro

London: Paul Scholes menjadi bekas pemain Manchester United terbaharu yang mengkritik barisan pertahanan kelab itu dengan menyelar Leny Yoro susulan kad merah yang diterimanya ketika skuad itu dibelasah Liverpool 4-0.

today24 November 2026