Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Aafiyah Dah Besar! Anak Excited Mahu Ke Sekolah, Siti Nurhaliza Sebak

today14 June 2022

Background

Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa sebak ketika menghantar anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid ke prasekolah semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti memaklumkan puteri sulungnya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K teruja dan bersemangat untuk ke sekolah buat kali pertama.

“Alhamdullillah, hari ini adalah hari pertama Aafiyah masuk ke prasekolah. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah dia tak ‘cranky’ pun.

“Malah, Aafiyah bersiap cantik dan sempat pose lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah. Semangat betul dia hendak ke sekolah.

“Subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah. Sehinggakan ayah dan ibu yang panggil minta salam. Ibu nak menangis tapi tahan je,” kongsi Siti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Selain itu, penyanyi itu turut berterima kasih dan meluahkan penghargaan kepada tenaga pengajar yang membantu sesi pembelajaran anaknya.

“Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama, dunia dan akhirat.

“Dalam pada itu, semoga Aafiyah menjadi hamba yang memberi manfaat kepada insan lain. Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu kerana membantu Aafiyah,” katanya lagi.

Beberapa jam yang lalu, Siti juga turut berkongsi video telatah comel puterinya itu yang menghantar nota suara untuk meluahkan rasa terujanya untuk ke sekolah hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Selain Aafiyah, Siti dan Datuk K turut dikurniakan cahaya mata lelaki yang bernama Muhammad Afwa.

Written by: Salma