Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Aaron sangkal dakwaan Kementerian Perpaduan tak relevan

today9 February 2025

Background


aaron
Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata kementeriannya akan terus memperkukuhkan usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat.

PETALING JAYA: Kementerian Perpaduan Negara sentiasa melaksanakan program bersifat integrasi nasional bagi meningkatkan interaksi antara rakyat, sekaligus menafikan dakwaan penganalisis James Chin kewujudannya tidak relevan.

Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, berkata program dilaksanakan kementeriannya berlandaskan Dasar Perpaduan Negara bagi memastikan Malaysia terus harmoni, aman dan sejahtera.

“Komitmen kami untuk memastikan segala inisiatif dilaksanakan melalui kementerian ini sentiasa menepati keperluan dan aspirasi rakyat Malaysia dalam memupuk perpaduan berterusan, merentasi pelbagai kaum dan budaya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Chin dalam hantaran X mempersoalkan peranan Kementerian Perpaduan Negara.

“Apabila terdapat isu, Kementerian Perpaduan tidak muncul sehingga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Guardiola mohon maaf kepada Grealish

London: Pep Guardiola mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada salah seorang pemainnya yang kekurangan minit permainan musim ini, sambil mengakui bahawa pemain berkenaan layak mendapat lebih banyak peluang beraksi di atas padang.

today9 February 2025