Site icon Hot FM

Aaron sangkal dakwaan Kementerian Perpaduan tak relevan


aaron
Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata kementeriannya akan terus memperkukuhkan usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat.

PETALING JAYA: Kementerian Perpaduan Negara sentiasa melaksanakan program bersifat integrasi nasional bagi meningkatkan interaksi antara rakyat, sekaligus menafikan dakwaan penganalisis James Chin kewujudannya tidak relevan.

Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, berkata program dilaksanakan kementeriannya berlandaskan Dasar Perpaduan Negara bagi memastikan Malaysia terus harmoni, aman dan sejahtera.

“Komitmen kami untuk memastikan segala inisiatif dilaksanakan melalui kementerian ini sentiasa menepati keperluan dan aspirasi rakyat Malaysia dalam memupuk perpaduan berterusan, merentasi pelbagai kaum dan budaya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Chin dalam hantaran X mempersoalkan peranan Kementerian Perpaduan Negara.

“Apabila terdapat isu, Kementerian Perpaduan tidak muncul sehingga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version